Adaptasi War of the Ring

Filem

Tiga filem telah diadaptasi dari buku tersebut:

Usaha awal

Hak ke atas The Lord of the Rings telah dipegang oleh Walt Disney selama sepuluh tahun tetapi syarikat Disney tidak berbuat apa-apa. Terdapat rancangan untuk the Beatles membuat versi The Lord of the Rings tetapi tidak mendatangkan hasil. Pada 1977, studio Rankin-Bass menerbitkan filem adaptasi The Hobbit beserta rancangan animasi bagi televisyen.

Filem animasi

The Lord of the Rings arahan Ralph Bakshi

Pada 1978, selepad Rankin-Bass menerbitkan filem animasi televisyen The Hobbit, Saul Zaentz menerbitkan adaptasi animasi The Fellowship of the Ring dan bahagian The Two Towers. The Lord of the Rings Part 1 (kemudian J.R.R. Tolkien's The Lord of the Rings), pada asalnya dilancarkan oleh United Artists arahan Ralph Bakshi menggunakan teknologi rotoskop.

Filem tersebut adalah bahagian pertama daripada apa yang dirancang asalnya adalah adaptasi dua bahagian di mana bahagian ini ditamatkan selepas pertarungan Helm's Deep, tetappi sebelum Sam, Frodo dan Gollum merentasi Paya Maut, dan Bahagian II menyambungkan kejadian selepas itu. Dengan bajet minimum AS$8 juta, filem tersebut mengaut keuntungan lebih dari AS$30 juta. Walau bagaimanapun, United Artists melihat filem tersebut sebagai suatu projek yang tidak berjaya dan enggan menaja Bahagian II, perkara tersebut membuka peluang buat Rankin-Bass melakukan kerjanya sendiri dengan versi animasi televisyen 1980 The Return of the King.

Filem New Line Cinema

Miramax Films mengembangkan adaptasi yang penuh aksi bagi The Lord of the Rings, dengan Peter Jackson sebagai pengarahnya. Akhirnya, dengan Miramax tidak berapa senang dengan projek tersebut, Jackson diberi peluang untuk mencari studio lain untuk mengambil alih. Pada 1998, New Line Cinema mengambil alih. Ketiga-tiga filem dirakamkan serentak. Mereka banyak menggunakan imej janaan computer termasuk pertarungan besar. The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring dilancarkan pada 19 Disember 2001, The Lord of the Rings: The Two Towers pada 18 Disember 2002 dan The Lord of the Rings: The Return of the King pada 17 Disember 2003. Ketiga-tiganya memenangi Anugerah Hugo bagi Persembahan Drama (Panjang) Terbaik bagi tiap-tiap tahun.

Filem adaptasi Jackson tersebut telah mendapat tujuh belas Oscars, empat bagi The Fellowship of the Ring, dua bagi The Two Towers, dan sebelas bagi The Return of the King; yang melibatkan banyak kategori anugerah. Malah, The Return of the King memenangi semua kategori yang dicalonkan termasuklah Filem Terbaik. Dengan 30 pencalonan, trilogy filem ini telah menjadi filem yang paling banyak pencalonan dalam sejarah Anugerah Akademi, melepasi siri The Godfather sebanyak 28. 11 Oscar pada malam Anugerah Akademi yang ke-76 pada 2004 itu menyaksikan filem The Return of the King seri dengan Titanic enam tahun sebelumnya dan filem 1959, Ben-Hur. Ia juga mecatatkan rekod "sapu bersih" dengan menewaskan Gigi dan The Last Emperor (yang menang 9 dari 9 kategori). Filem tersebut juga mencatatkan sejarah dalam mengaut keuntungan kasar pada pembukaan hari Rabu dan filem kedua selepas Titanic yang mengaut lebih AS$1 billion seluruh dunia.

Penerbitan drama pentas

Tiga adaptasi penuh The Fellowship of the Ring (2001), The Two Towers (2002), dan The Return of the King (2003) telah dipentaskan di Cincinnati, Ohio. Produksi pertamanya gagal kerana masalah kewangan. Walau bagaimanapun, sekuelnya menerima sambutan yang baik. Ketiga-tiga adaptasi tersebut ditulis oleh Blake Bowden, dan orkestra penuh dikarang oleh calon Grammy Steve Goers dan grafiknya dibuat oleh Jay Nungesser (inspired by Tolkien's original artwork). Aretta Baumgartner mengarahkan kerja patung dan dianugerahkan Anugerah Hiburan Cincinnati bagi penampilan Gollum. Kemudian diarahkan oleh pelakon, pengarah dan ahli koreografi Gina Cerimele-Mechley. Ketiga-tiganya disahkan oleh Persatuan Hobbit Amerika (The American Hobbit Association) dan diterima oleh Tolkien Enterprises.

Penerbit teater London, Kevin Wallace dan rakannya, Saul Zaentz, mewakili Tolkien Estate, dengan kerjasama pemilik teater, David Mirvish dan pempromosi konsert Michael Cohl, juga menerbitkan teater muzikal yang diadaptasi dari The Lord of the Rings yang melibatkan 55 orang pelakon dan membelanjakan hampir 30 juta dolar Kanada (AS$26.9 juta). Persembahan tersebut ditulis oleh Shaun McKenna and Matthew Warchus, dengan muzik karangan A. R. Rahman dan Värttinä, bersama Christopher Nightingale. Pengarahnya adalah Matthew Warchus; koreografi pula oleh Peter Darling; set dan rekaan kostum pula oleh Rob Howell. Penerbitan tersebut bermula pada 4 Februari 2006, dan tayangan bagi akhbar pada 23 Mac 2006 di Princess of Wales Theatre, Toronto, sehari sebelum tayangan perdana.

Permainan

Terdapat permainan Kad Terkumpul dan pelbagai permainan video yang mengambil tempat di Bumi-tengah, dan watak dari The Lord of the Rings.

Dari buku, telah banyak permainan video yang dihasilkan selama dua dekad ini Pertama sekali pada 1982 cabaran teks The Hobbit. Oleh kerana mendapat tarikan, beberapa permainan yang hampir sama dikeluarkan pada dekad yang sama seperti Melbourne House's Lord of the Rings, Shadows of Mordor, War in Middle-earth dan juga Interplay's Lord of the Rings Vol. 1 dan Lord of the Rings Vol. 2. Oleh kerana kepopularan buku tersebut merudum, tiada permainan video The Lord of the Rings yang dikeluarkan sejak 1991 hingga filem dikeluarkan pada 2001-2003.

Electronic Arts memperoleh lessen bagi filem manakala Sierra Entertainment memperoleh lesen untuk mengeluarkan permainan berdasarkan buku dari Tolkien Enterprises. Hasilnya, EA menghasilkan adaptasi bagi The Two Towers dan The Return of the King, manakala Sierra menghasilkan "trilogi lengkap" bagi permainan. Kebanyakan maklum balas memberikan komen yang biasa kepada mereka walaupun Peter Jackson mengkritik EA kerana mengabaikannya ketika proses tersebut dan mengumumkan yang beliau tidak gembira dengan kualitinya.